MALAYSIA melalui pasukan FAM eRimau mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung sebentar tadi.
Malaysia yang diwakili oleh Abdul Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
Kejayaan itu menyaksikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan sebanyak RM80,000.
Malaysia merupakan negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
"Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia.
"Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar," kata FAM dalam kenyataan.