Kontroversi tidak jejas fokus Zii Jia ke separuh akhir WTF

Iklan
Zii Jia akan menentang pemain China dalam aksi terakhir kumpulan di Hangzhou pada Jumaat. Foto Agensi

KONTROVERSI bendera terbalik pada jersi tidak menjejaskan fokus pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China sebentar tadi.

Kejayaan tersebut hadir selepas pemain berusia 26 tahun itu mengalahkan wakil Denmark, Anders Antonsen secara straight set dalam aksi Kumpulan A tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam saingan di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, Zii Jia memulakan permainan dengan rentak positif apabila menang 21-14.

Pemain nombor lapan dunia itu mengenepikan sifat setiakawan ke atas Antonsen apabila terus garang di gelanggang dengan mengesahkan kemenangan 21-19 dalam masa 47 minit permainan.

Iklan

Keputusan tersebut menyaksikan rekod kemenangan dua rakan karib itu kepada 5-5.

Zii Jia ketika aksi menentang Chou Tien Chen pada Rabu dapat dilihat dengan jelas memakai bendera Jalur Gemilang di bahagian kiri jersinya dalam keadaan terbalik.

Iklan

Kontroversi tersebut bagaimanapun tidak menghalangnya untuk melakar kemenangan ke atas pemain Taiwan itu 21-13, 21-15.

Aksi terakhir kumpulan pada Jumaat bakal menyaksikan Zii Jia berdepan cabaran pemain China, Li Shi Feng, manakala Atonsen akan bertemu Tien Chen.