Jalur Gemilang terbalik satu kesilapan berat

Iklan
Reaksi Team LZJ mengenai kontroversi bendera terbalik. Foto laman X Team LZJ. (Gambar kecil: Zakaria)

KONTROVERSI Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China disifatkan sebagai kesilapan yang sangat berat.

Penganalisis sukan, Zakaria Rahim berkata, ini kerana ia melibatkan sentimen rakyat negara ini dan amaran keras wajar dikenakan ke penaja Victor Malaysia serta Team LZJ.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pasti ia sengaja atau tidak, namun ini kesilapan profesional yang sangat berat kerana libatkan sentimen rakyat negara ini.

"Walaupun Victor adalah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Taiwan, namun mereka difahamkan mempunyai syarikat pengendali produk di Subang Jaya. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Iklan

Zii Jia ketika aksi menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada Rabu dapat dilihat dengan jelas memakai bendera Jalur Gemilang di bahagian kiri jersinya dalam keadaan terbalik.

Bendera yang dipasang terbalik pada jersi Zii Jia. Foto Agensi

Iklan

Zakaria turut menimbulkan persoalan pihak mana yang patut bertindak di atas kontroversi tersebut yang berlaku di luar negara.

"Kuasa siapa yang patut bertindak? Melainkan ada laporan polis. Mungkin polis boleh siasat jika kilang yang membuat baju itu di Malaysia. Itu kena disiasat dan dipastikan,” katanya.

Susulan kontroversi tersebut Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman sosial pada malam Rabu.

Victor Malaysia menjelaskan bahawa insiden itu dipandang serius dan tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi serta akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.

Dalam reaksi balas, Team LZJ mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang diberikan oleh rakan penaja mereka, Victor berhubung insiden tersebut.

"Secara bersama kita perlu memastikan bahawa seperti yang dijelaskan oleh Victor (menerusi kenyataan) tidak berulang lagi,” catat Team LZJ menerusi laman X.