IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang dipercayai lemas di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot, 1 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, operasi mencari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, daripada Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor itu ditamatkan pada jam 6 petang tadi.