Apabila kasih sayang sudah hilang

Iklan
Kes penderaan kanak-kanak sepatutnya tidak lagi berlaku kerana rakyat di negara ini telah diberi pendedahan secukupnya. Gambar hiasan

KES penderaan kanak-kanak bagaikan satu normalisasi apabila perbuatan tersebut terus berlaku tanpa henti sehingga jumlahnya membimbangkan.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 2,240 kes dilaporkan pada tahun ini setakat Ogos lalu. Daripada jumlah tersebut 1,260 kes membabitkan penderaan seksual manakala 897 kes merangkumi penderaan fizikal dan 83 kes lagi melibatkan penderaan emosi.

Iklan
Iklan

Kes penderaan kanak-kanak sepatutnya tidak lagi berlaku kerana rakyat di negara ini telah diberi pendedahan secukupnya. Ini kerana, kes tersebut bukan perkara yang baru berlaku semalam, sebaliknya telah direkodkan sejak era 1990-an lagi.

Kes pertama dicatatkan di negara ini melibatkan bayi berusia 26 bulan bernama Balasundram yang mati akibat didera dengan kejam oleh teman lelaki ibunya. Kes tersebut telah menjadi titik perubahan dalam sejarah keganasan domestik melibatkan kanak-kanak dan bayi apabila Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 dikuatkuasakan.

Iklan

Antara lagunya ialah Tangan Yang Menggapai nyanyian artis syarikat rakaman NSR, Derita dendangan kumpulan rock Okid dan Tangisan nyanyian kumpulan rock Crossfire.

Kesemua lagu tersebut secara tidak langsung telah mendidik dan menyedarkan rakyat negara ini agar bersifat perikemanusiaan terhadap kanak-kanak. Lagu tersebut juga dilihat telah membuka minda rakyat supaya melaporkan perbuatan dera kepada pihak berkuasa tanpa mengira hubungan antara pelaku dengan mangsa.

Iklan

Namun, inisiatif yang dilakukan lebih tiga dekad lalu itu nampaknya semakin dilupakan dan kes penderaan kanak-kanak terus berlaku.

Terbaharu, seorang suri rumah di Johor didenda RM8,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam kerana mendera anak kandungnya.

Tertuduh didakwa telah menyimbah air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu parah. Perbuatan wanita berusia 32 tahun itu ternyata tidak berperikemanusiaan kerana apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah sifat sepatutnya ditunjukkan oleh seorang ibu.

Hilang rasa simpati

Sementara itu di Kuala Lumpur, tiga wanita berusia antara 20 hingga 35 tahun dipenjara 14 hari dan didenda RM10,000 kerana menganiaya seorang kanak-kanak lelaki. Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada tiga tertuduh berkenaan adalah ibu kepada mangsa yang berusia tiga tahun enam bulan itu.

Sukar diterima akal apabila orang yang sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak berkenaan berbuat khianat tanpa sedikit pun rasa simpati. Hakikatnya, itulah yang berlaku di negara ini apabila kasih sayang terhadap kanak-kanak sudah hilang dalam kalangan ibu bapa itu sendiri.

Atas sebab itulah kes penderaan kanak-kanak dilihat semakin menjadi-jadi mutakhir ini yang mana ia dibimbangi menjadi trend dalam jenayah. Biarpun banyak usaha telah dilakukan bagi membanteras kes tersebut namun ia masih lagi dilaporkan berlaku sehingga melibatkan kematian.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan usaha mengekang perbuatan mendera kanak-kanak berjaya dilaksanakan. Jangan biarkan kes tersebut berlaku lagi dalam negara ini, tidak kira sama ada dalam rumah atau institusi pendidikan.

Laporkan setiap perbuatan yang mencurigakan ke atas kanak-kanak tanpa mengira latar belakang mereka, terutamanya mereka yang dekat dengan kita.

Jadikan mereka seperti anak kita sendiri, layan mereka dengan baik dan lindungi mereka daripada sebarang keganasan.

Dengan cara ini, kita mungkin dapat memantau perkara yang tidak diingini daripada berlaku ke atas kanak-kanak.

* Hafezdzulah Mohd Hassan ialah penyunting Sinar Harian.