Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu, India

Iklan
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India pada malam Khamis.

NEW DELH - Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India pada malam Khamis.

Kebakaran dipercayai tercetus akibat litar pintas di kawasan kaunter penyambut tetamu di tingkat bawah sebelum merebak ke tingkat lain di hospital empat tingkat itu, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, dua mangsa disahkan rentung manakala tiga lagi maut akibat lemas. Dua lagi dipercayai terkorban dalam kebakaran," kata seorang pegawai polis seperti yang dipetik dalam laporan di laman sesawang Free Press Journal.

Kira-kira 20 orang cedera dalam kejadian itu, manakala berpuluh-puluh pesakit telah dipindahkan ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan. - Bernama

Iklan

Iklan