Lelaki 19 tahun meninggal dunia selepas empat jam bertarung nyawa

Iklan
Keadaan motosikal mangsa dan lokasi kemalangan. Foto sumber polis

JEMPOL - Selepas empat jam bertarung nyawa di hospital, seorang pemuda meninggal dunia susulan kecederaan parah dialami selepas terlibat kemalangan di Jalan Kasih Putera 15, Taman Putera di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan jam 1.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.

Iklan
Iklan

"Dia bekerja sebagai kelindan lori dari arah Bahau menuju pulang ke rumah di Taman Kasih Putera.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang sebelah kanan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, pada jam 5.50 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan,"katanya.