'Tiada kata mampu gambarkan kehilangan ini' - Scha Alyahya kongsi luahan hati

Iklan
Scha berkongsi gambar kenangan bersama arwah ibunya.

PELAKON dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi luahan perasaan setelah hampir seminggu kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Junainah Hashim.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 41, semangat yang diberikan oleh semua pihak telah mengingatkannya kekuatan yang Allahyarhamah ibunya miliki sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Iklan
Iklan

"Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini, tetapi saya mahu mengambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan saya kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

"Kepada Mama tersayang, kamu adalah pembimbing, orang kepercayaan saya, penyokong terkuat dan kawan baik saya. Saya akan membawa cinta, nilai, dan tawa anda akan kekal dalam hati saya selama-lamanya.

Iklan

Allahyarhamah Junainah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Disember lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

"Semoga ALLAH merahmati roh Mama dan tempatkan Mama di syurga tertinggi," kongsinya dalam Instagram miliknya.

Iklan

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengirimkan kata-kata semangat dan di waktu yang cukup mencabar.

"Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.

"Tolong terus letak beliau dalam doa anda. Al-Fatihah," tulisnya lagi.

Terdahulu, ibu Scha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Disember lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat serangan jantung.