NEW YORK - Gergasi media sosial Meta, menyumbang AS$1 juta kepada dana bagi majlis angkat sumpah Presiden terpilih Donald Trump, ketika syarikat itu berusaha memperbaiki hubungan menjelang penggal kedua pentadbirannya yang mungkin memperkenalkan peraturan baharu terhadap media sosial, lapor USA Today pada Khamis.
"Derma ini merupakan langkah terkini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump,” menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.