Bukit Aman gempur operasi parkir haram di Bukit Bintang

Iklan
Antara kegiatan parkir haram yang dilakukan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Gambar bawah: Antara resit yang digunakan sindiket parkir haram di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Empat lokasi parkir haram di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini diserbu polis pada Rabu.

Iklan
Iklan

Serbuan bermula jam 10 malam itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Op Parkir Haram itu bertindak menahan tujuh lelaki warga India berusia lingkungan 36 hingga 55 tahun.

Iklan

"Polis telah merampas wang tunai berjumlah RM445 dipercayai hasil daripada aktiviti parkir haram.

Polis menahan lelaki warga India (tengah) dalam serbuan Op Parkir Haram di sekitar Bukit Bintang pada Rabu.

"Kesemua tangkapan ini ditahan di empat lokasi berasingan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati kegiatan parkir haram ini dipercayai dilakukan sindiket dan mengenakan caj parkir sekitar RM10 hingga RM15 ke atas setiap kenderaan.

Katanya, mereka ini akan melambai tangan ke arah beberapa kenderaan dengan menawarkan parkir sebelum mengambil caj bayaran.

Polis menahan pekerja parkir haram menerusi operasi di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu.

"Kesemua tangkapan telah dibawa ke JSPT Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Selsyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.