Jalan tengah isu ijtihad, taklid

Iklan
DALAM berinteraksi dengan pertembungan golongan, imam muktabar mendatangkan solusi dan harmonikannya menggunakan kaedah usul al-jam’u wat-tarjih (himpun dan harmonikan). Foto CANVA/Gambar kecil: USTAZ MOHAMMAD NASRULLAH

SOAL ijtihad (mengeluarkan pendapat) dan taklid (berpegang pada ahli hukum yang muktabar) menjadi isu yang sering menjadi polemik dalam kalangan penuntut ilmu sejak zaman berzaman.

Sebahagian golongan mengharamkan bertaklid secara mutlak, bahkan mewajibkan mengambil hukum-hakam secara mubasyarah (terus) daripada al-Quran dan sunnah.

Iklan
Iklan

Hal ini membuka pintu ijtihad kepada semua orang termasuk mereka yang baru menjadi penuntut ilmu sehingga sebahagian mengatakan kepada para imam:

"Kami lelaki, mereka (para imam) juga lelaki."

Iklan

PERBAHALAN mengenai isu ijtihad dan taklid sering berlaku dalam golongan agamawan termasuk para pelajar agama, sedangkan para ulama telah membahasnya secara panjang lebar mengenainya.

Imam Az-Zahabi mempunyai sisi pandangan yang berbeza, beliau membuka keluasan ijtihad namun kepada mereka yang berkeahlian dan tabahhur (mnempunyai pengetahuan mendalam) dalam ilmu syariah.

Iklan

Bahkan mereka perlulah menguasai alat-alat ijtihad disertai rekomendasi atau perakuan daripada para imam sezaman.

Dalam kitab Tazkirah al-Huffaz, bab biografi Ibnu Mas’ud, beliau berkomentar:"Setiap imam, perkataannya boleh diambil dan ditinggalkan kecuali Imam yang paling bertakwa, jujur, dapat dipercaya dan maksum (terjaga daripada dosa) iaitu Rasulullah SAW.”

"Maka sangat aneh bagi seorang yang alim menjadikan imam tertentu sebagai pegangan dalam agama pada setiap pendapatnya, padahal dia mengetahui apa saja yang bertentangan dengan mazhab imam tersebut daripada teks-teks nabawiyyah. Tiadalah kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah," katanya.

Beliau juga berkomentar kata-kata Ibnu Hazm al-Zahiri:"Aku mengikuti kebenaran, aku berijtihad dan tidak mengikat dengan apa-apa mazhab.”

PARA ulama telah menggariskan panduan dalam isu khilaf, berlapang dadalah dengannya dan jangan melampau sehingga mengeruhkan keadaan.

Komen Az-Zahabi dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala mengenai perkara ini:"Benar, siapa pun yang mencapai tingkat ijtihad dan disaksikan oleh sejumlah imam, tidak boleh untuk dia bertaqlid.

"Bagaimana dia nak berijtihad? Apa yang dia akan katakan? Atas dasar apa dia mengeluarkan pendapatnya? Bagaimana dia terbang padahal belum sempat terbang?” katanya.

Demikianlah cara imam muktabar dalam berinteraksi dalam pertembungan golongan, mereka datangkan solusi dan harmonikannya menggunakan kaedah usul al-jam’u wat-tarjih (himpun dan harmonikan).

***MOHAMMAD NASRULLAH CHE HAMID merupakan Graduan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir