Mangsa banjir di Tambun terima RM1,000 daripada PM

Iklan
Seramai 19 ketua isi rumah dalam Parlimen Tambun yang terjejas akibat banjir kilat, dua minggu lalu menerima bantuan khas RM1,000 daripada Perdana Menteri.

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 19 ketua isi rumah dalam Parlimen Tambun yang terjejas akibat banjir kilat, dua minggu lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Ketua Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri dalam satu majlis di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak, Datuk Shamshuzaman Sulaiman.

Mohamad Hairul Amir berkata, dalam kejadian banjir kilat pada 1 Disember itu, semua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman masing-masing dinaiki air mencecah 0.5 meter.

Iklan

"Empat kampung yang terjejas dengan bencana tersebut adalah Kampung Cheh, Kampung North Ward, Kampung Masjid serta Kampung Bakar Bata.

Mohamad Hairul Amir (dua dari kanan) dan Muhamad Arafat (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan khas banjir kepada M Vijaylechumi, 57, dari Kampung Cheh.

Iklan

"Bantuan ini diharap dapat digunakan bagi membeli keperluan penting selain membantu menampung kerugian dialami semasa bencana," katanya.

Beliau berkata, dalam kesibukan memantau situasi banjir di Kelantan dan Terengganu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun tetap memberi keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan mangsa banjir di kawasan itu.

"Apabila berlakunya banjir pada hari berkenaan, beliau telah meminta saya sendiri turun menyantuni dan menyampaikan bantuan awal kepada mangsa.

"Ini termasuklah kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah dan premis terjejas banjir yang digerakkan Pejabat Parlimen Tambun," katanya.