KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat lagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral- Ipoh serta laluan KL Sentral-Butterworth sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut KTMB dalam satu kenyataan hari ini, perkhidmatan tersebut dijadual beroperasi pada 1 hingga 4 Feb dan 7 hingga 10 Feb depan, bagi memenuhi permintaan serta memberi perkhidmatan kepada orang ramai untuk bercuti dan meraikan perayaan bersama keluarga di kampung halaman.