Harimau Malaya tagih sokongan padu pemain ke-12 di Bangkok

Iklan
Pemain-pemain Harimau Malaya selepas sesi latihan menjelang perlawanan berdepan Thailand dalam aksi Kumpulan A Piala ASEAN di Bangkok pada Jumaat. Foto FAM

TONGGAK tengah skuad bola sepak negara, Syamer Kutty Abba mengakui harapan penyokong-penyokong terhadap Harimau Malaya tinggi dalam saingan Piala ASEAN.

Malah, pemain yang menyarung jersi kelab kelab Liga Super, Penang FC mengakui prestasi kurang menyerlah skuad negara mengundang kegelisahan dalam kalangan pemain ke-12 negara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mereka sebagai penyokong-penyokong mempunyai hak untuk merasai apa yang mereka rasa selepas dua perlawanan ini. Kami tahu bahawa perlawanan sebelum ini bukanlah prestasi terbaik kami.

"Mereka berhak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Tetapi kami di sini, kami dalam pasukan, kami bersama. Kami cuba untuk positif dan kami bekerja keras untuk menjadi lebih baik.

Iklan

"Saya berharap agar penyokong-penyokong terus memberikan sokongan kepada pemain-pemain Harimau Malaya biarpun berdepan laluan berliku kempen kali ini.,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan Kumpulan A menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu.

Anak buah Pau Marti Vicente membuka gelanggang kempen Kumpulan A Piala ASEAN dengan mengikat Kemboja, 2-2 di Phnom Penh sebelum menang 3-2 ke atas Timor Laste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Iklan

Pada masa sama Syamer Kutty mengakui saingan Piala ASEAN kali ini berlangsung dalam jadual padat, namun bertekad menampilkan aksi terbaik demi negara.

"Saya cuba berikan yang terbaik dan lakukan apa sahaja yang saya boleh untuk negara saya. Ini adalah minat saya dan inilah yang saya inginkan. Saya berkorban untuk negara.

"Saya cuba melakukan pemulihan dengan baik dengan bantuan staf, dan semua pemain. Saya harap saya dapat memberikan 100 peratus,” katanya.