Pencuri dihukum tampar-menampar tular di media sosial

Iklan
Dua suspek pencuri disuruh menampar muka masing-masing tular di media sosial Indonesia. - Foto: Agensi

JAKARTA - Video tular dua suspek pencuri saling menampar muka antara satu sama lain selepas ditangkap penduduk tular di media sosial mendapat banyak komen daripada netizen yang menganggapnya kejadian ini sebagai 'jarang-jarang berlaku'.

Video dikongsi dalam akaun X oleh pemiliknya bernama @feedemady telah mendapat ribuan komen lucu dan menyamakannya hukuman sama perlu dikenakan kepada setiap pemberi dan penerima rasuah.

Iklan
Iklan

Dalam video berdurasi 58 saat turut terdengar suara seorang lelaki mengarahkan dua lelaki tersebut yang ditangkap mencuri supaya menampar pipi antara satu sama lain.

"Tampar sebanyak empat kali secara bergilir-gilir,"kata lelaki yang merakam video tersebut.

Iklan

Tamparan pertama dilakukan lelaki berbaju oren terhadap rakannya berbaju hitam dan kemudian masing-masing menampar antara satu sama lain sehingga boleh didengari jelas dalam video tersebut.

"Tampar lagi secara bergilir-gilir," kata lelaki itu dengan nada marah.

Iklan

Walaupun lokasi dan tarikh kejadian tidak didedahkan kepada umum, ramai netizen menyuarakan perasaan kasihan terhadap dua lelaki tersebut dan mencadangkan penangkapnya membawa suspek ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

"Tamparannya cukup menyakitkan dan rakannya pasti akan membalas dendam jika mereka bebas dari tahanan polis nanti,"kata netizen.

Namun, ada segelintir netizen mencadangkan hukuman seperti ini dikenakan terhadap pesalah rasuah di tempat khalayak ramai bagi memberi peringatan bahawa rasuah akan meruntuhkan institusi pentadbiran negara.

"Hukuman ini perlu dilaksanakan kepada pesalah rasuah supaya mereka sedar bahawa mereka sebenarnya mengkhianati negara,"komen netizen. - Agensi