KKM, BNM perlu semak silang punca caj meningkat - Khairy
Iklan
SHAH ALAM – Cadangan pelaksanaan sistem pembiayaan Diagnosis-Related Group (DRG) atau sistem pembiayaan kesihatan yang menetapkan kadar amaun tetap pembayaran berasaskan kadar kerumitan kes dalam kalangan fasiliti kesihatan swasta mampu memberikan aspek ketelusan dan keadilan kepada pesakit.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, cadangan pendekatan DRG itu telah diusahakannya sewaktu mengetuai Kementerian Kesihatan (KKM) selama lebih setahun dengan satu perbincangan bersama pengurusan hospital-hospital telah diadakan bagi membincangkan polisi penetapan harga perkhidmatan mereka.