LONDON - Saya mengubah sampah dan membuatnya menjadi bentuk seni, itulah dikatakan kitar semula, kata Ben Wilson yang mencuri perhatian orang ramai dengan melukis di atas cebisan gula-gula getah yang dibuang di kaki lima di sini.
Berusia 57 tahun, Wilson berkarya di Jambatan Millenium untuk menghasilkan gula-gula getah yang dibuang orang ramai kepada karya seni yang hebat, lapor AFP.
Bersaiz duit syiling, karya seni itu boleh ditemui di sepanjang pejalan kaki di kawasan tersebut dan sekitarnya.
Ia bersaiz kecil mungkin ramai mudah terlepas pandang namun jika diteliti orang ramai akan nampak seni Wilson.
Bermula di utara London, Wilson memulakan karyanya dengan ukiran kayu sebelum beralih kepada gula-gula getah pada tahun 2004.
Dia turut melukis di atas gula-gula getah itu dengan penuh cermat bimbang ia dilabel vandalisme.
"Orang meludahkan gula-gula getah ini tapi saya mencantikkannya elak cacat pandangan.
"Adalah baik untuk benar-benar mencipta sesuatu membantu penjagaan alam sekitar dan bukan memusnahkannya," katanya.
Niat murni Wilson mendapat perhatian ramai membuatkan dia digelar lelaki gula-gula getah.
Lukisan gula-gula getah ini dihasilkan dalam pelbagai corak seperti lukisan rumah, pemandangan dan setem yang hasilnya memang sungguh menakjubkan.