Buat laporan kononnya disamun RM160,000 rupanya...

Iklan

PUCHONG - Membuat laporan polis konon-kononnya kerugian sebanyak RM160,000 disamun dua lelaki namun sebenarnya kejadian itu direka-reka berlaku untuk menipu pekerja syarikat sendiri.

Tembelang 'mangsa samun' itu terbongkar selepas polis menahan dua lelaki petang semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata,

pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga alat kelengkapan kereta yang mendakwa dia disamun dua lelaki.

Iklan

Menurut 'mangsa' kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu di tepi jalan Taman Kinrara, Bandar Kinrara.

"Mangsa dakwa suspek yang naik sebuah kereta Honda Accord menyamunnya dengan modus operandi langgar belakang keretanya selepas keluarkan wang tunai sebanyak RM160,000 dari sebuah bank di Kinrara.

Iklan

"Tembelang 'mangsa' pecah setelah polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang menahan dia dan rakannya serta berjaya menemui wang tunai berjumlah RM49,400 di rumah mereka setelah siasatan dilakukan," katanya.

Ismadi berkata, kedua-dua suspek mengaku dan berpakat duit dilapor disamun dengan tujuan menipu pekerja syarikat bagi kedua-duanya menyelesaikan pelbagai hutang peribadi mereka sebanyak lebih kurang RM100,000.

Katanya, duit tersebut adalah milik pengadu yang juga pemilik syarikat berkenaan.

Kedua dua suspek kini dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan reman di bawah Seksyen 117 KPJ pagi ini.

"Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan kedua duanya berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.

Beliau dalam pada itu, memberi amaran keras masyarakat tidak membuat laporan polis palsu kerana ia adalah satu perlakuan jenayah.

Perbuatan tersebut menyusahkan pihak polis serta membazir duit rakyat disebabkan polis terpaksa menyiasat kes yang tidak berlaku.