Bersatu Shah Alam tidak puas hati persidangan dibatal saat akhir

Iklan
Satu sidang akhbar dipercayai berkenaan pembubaran Bersatu Bahagian Shah Alam akan dibuat petang ini. Foto hiasan

SHAH ALAM - Satu sidang akhbar dipercayai berkenaan pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Shah Alam akan dibuat petang ini.

Ia selepas persidangan bagi memilih barisan pimpinan baharu sesi 2025-2027 yang sepatutnya berlangsung pada hari ini ditangguhkan melalui surat dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pusat lewat malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Difahamkan, penangguhan pada saat akhir itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli jawatankuasa Bersatu Shah Alam.

Justeru persidangan yang berlangsung di Dewan Lavender, Seksyen 7 dikatakan bakal bertukar menjadi majlis pengumuman keluar parti.

Iklan

Menurut sumber, pemilihan pada 2 November lalu dibatalkan selepas wujud pertikaian undi apabila menerima lebih undian daripada 128 perwakilan layak.

Menerusi surat pembatalan dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lewat malam Jumaat, memberi alasan siasatan lembaga disiplin berhubung kejadian rusuhan pada persidangan 2 November lalu masih berjalan.

Iklan

Sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bertarikh 9 Disember, Bersatu Shah Alam diminta mengadakan persidangan semula hari ini.

Selain Shah Alam, JPP Bersatu turut mengumumkan 10 bahagian tidak boleh bersidang dalam pemilihan pada 2 November lalu iaitu Hulu Langat, Kota Melaka, Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands.