KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) bakal mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2019 tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan tarikh pengumuman itu sebaliknya memaklumkan ia akan diumumkan sedikit masa lagi ketika ditanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland ke Malaysia yang berakhir hari ini di Shangri-La Hotel.