Presiden Korea Selatan dipecat

Iklan
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol

SEOUL - Ahli Parlimen Korea Selatan sebulat suara memecat Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal pada 3 Disember lalu.

Daripada 300 Ahli Parlimen, 204 mengundi untuk menolak presiden atas dakwaan melancarkan pemberontakan manakala 85 mengundi menentang. Tiga berkecuali dan lapan undi terbatal.

Iklan
Iklan

Dengan pemecatan itu, Yoon digantung daripada jawatannya manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan akan mempertimbangkan undian tersebut.

Justeru, mahkamah mempunyai tempoh 80 hari untuk memutuskan hala tuju Yoon selepas ini.

Iklan

Jika berlaku penyingkiran, Yoon bakal menjadi presiden kedua dalam sejarah Korea Selatan yang berjaya dicabar Ahli Parlimen.

Sementara itu, Perdana Menteri Han Duck-soo, kini pemimpin sementara negara memberitahu pemberita bahawa beliau akan 'menyerahkan semua kekuatan dan usahanya untuk memastikan tadbir urus yang stabil'.

Iklan

Difahamkan sekurang-kurangnya 200 undian diperlukan untuk meluluskan pemecatan itu manakala Ahli Parlimen pembangkang perlu meyakinkan sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) konservatif Yoon untuk bertukar pihak.

"Pemecatan hari ini adalah kemenangan besar rakyat," kata ketua parti pembangkang, Park Chan-dae selepas pengundian.

Pada masa sama, seorang pegawai polis Seoul memberitahu AFP sekurang-kurangnya 200,000 orang telah berkumpul di luar Parlimen untuk menyokong penyingkiran Yoon. - Agensi