PSSI dapat suntikan dana RM80 juta

Iklan
Erick Thohir berkongsikan perkhabaran itu di media sosialnya.

PERSATUAN Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mendapat tonik semangat dalam misi memperkasakan skuad Garuda apabila kerajaan Indonesia mengumumkan peruntukan dana sebanyak 277 juta rupiah (RM80 juta).

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir ketika berkongsikan perkhabaran itu bersyukur dengan dana yang diberikan pihak kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Iklan
Iklan

"Komitmen Bapak Presiden terhadap kemajuan bola sepak negara benar-benar luar biasa.

"Ayuh kita bawa Sang Garuda ke persada dunia," katanya.

Iklan

Dana itu dijangka disalurkan bagi projek pembangunan bola sepak PSSI yang bermula Januari 2025.

Sebagai rekod, skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong sedang mengharungi kempen Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Iklan

Anak buah Tae-yong membuka kempen pusingan ketiga dengan seri menentang Arab Saudi (1-1), Australia (0-0), Bahrain (2-2).

Kemudian tewas kepada China (1-2), Jepun (0-4) sebelum mengejutkan Arab Saudi, 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno, pada 19 November lalu.

Indonesia yang menghuni kedudukan ketiga kumpulan akan berdepan Australia pada 25 Mac tahun depan diikuti Bahrain, China dan Jepun.