Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kandis

Iklan
Pihak bomba dan APM menyuluh ke arah batu tempat mangsa dipercayai hilang. Foto Sinar Harian - ADILA SHARINNI WAHID

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kandis di sini pada petang Sabtu.

Mangsa, Muhd Naufal Arshad Muhd Aiman Hafiz, 8, dipercayai hilang ketika bermain di kawasan benteng batu di pantai itu pada jam 6.40 petang.

Iklan
Iklan
Pencarian mangsa dilakukan di kawasan Pantai Kandis, Bachok. Foto Sinar Harian - ADILA SHARINNI WAHID

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang berhubung kejadian itu.

"Seramai 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Iklan
Hujan lebat semasa operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak hilang di Pantai Kandis, Bachok pada malam Sabtu. Foto Sinar Harian - ADILA SHARINNI WAHID

"Keadaan ombak sangat tinggi dan setakat ini, kanak-kanak itu masih belum ditemukan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Operasi turut melibatkan kerjasama polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Iklan