Isteri maut di tangan suami kuat cemburu

Iklan
Suspek berbaju oren berjaya ditahan polis sejurus membunuh isterinya di Kampung Lebak Saat, Desa Mukapayung, Bandung. Foto Agensi

BANDUNG - Gara-gara mengesyaki isteri curang, seorang suami tergamak membunuh isterinya yang dituduhnya 'bermain cinta' dengan lelaki lain.

Suspek dikenali sebagai Surya, 43, didakwa membunuh isterinya, Ai Jenabiah, 33, di rumah mertuanya pada 8 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Semasa kejadian, Ai ditemui berlumuran darah di rumahnya terletak di Kampung Lebak Saat, Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat.

Semasa disoal siasat polis, Surya menyatakan isterinya disyaki bercinta dengan lelaki lain.

Iklan

Ketua Polis Daerah, Tri Suhartanto semasa sidang media berkata, semasa kejadian suspek datang ke rumah mertuanya dan berlaku pertengkaran mulut antara pasangan itu.

"Jadi mereka bertengkar dan selepas itu suspek bertindak menikamnya dengan pisau sebelum memukul dengan kayu," katanya.

Iklan

Tri berkata, hasil siasatan lanjut mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian tubuhnya dan dipukul dengan kayu di bahagian kepala.

"Suspek didapati menikam isterinya menggunakan pisau dapur dan semasa mangsa masih lemah, dia memukul kepala dengan kayu,"tambahnya.

Difahamkan, pada jam 8 malam (waktu tempatan) Surya berjaya ditahan polis selepas melarikan diri ke rumah saudaranya di perkampungan sama.

Tri menambah, jika disabitkan kesalahan, Surya bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun. - Agensi