TH perlu imbangi objektif kewangan jangka panjang

Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad.

SHAH ALAM - Bakal haji tidak boleh sentiasa berharap bantuan haji kerana Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan Islam yang menyelia lebih 9 juta pendeposit berperanan untuk mengimbangi tanggungjawab sosial dengan objektif kewangan jangka panjang.

Penganalisis Ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan berkata, TH mempunyai peranan untuk melakukan langkah strategik dari perspektif ekonomi melalui konsep pengagihan sumber yang efisien, kos peluang dan kelestarian kewangan.

Iklan
Iklan

"Dari sudut kos peluang... setiap wang dibelanjakan untuk bantuan haji adalah ringgit yang tidak dapat dilaburkan dalam aset untuk menjana pulangan.

TH mempunyai peranan untuk melakukan langkah strategik dari perspektif ekonomi melalui konsep pengagihan sumber yang efisien, kos peluang dan kelestarian kewangan.

"Apabila TH dapatkan jimatkan kos bantuan haji, ia boleh disalurkan kepada pelaburan strategik seperti sukuk atau ekuiti yang mampu memberikan dividen kepada pendeposit,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Mohamad Khair Afham berkata, pengurangan bantuan haji mempunyai hubungan langsung dengan potensi peningkatan kadar dividen TH kepada pendeposit.

Menurutnya, ia dapat dijelaskan menggunakan konsep hubungan risiko dan pulangan, pelaburan jangka panjang dan kecekapan marginal modal.

Iklan

"Dalam teori pelaburan, pelaburan dalam aset yang memberikan pulangan lebih tinggi berbanding kos perkhidmatan subsidi kerana dapat meningkatkan keuntungan organisasi.

"Sebagai contoh, penjimatan daripada bantuan haji boleh dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti sukuk, hartanah atau pasaran modal Islam yang secara purata memberikan pulangan lebih kompetitif berbanding penyaluran dana kepada perbelanjaan jangka pendek,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan langkah tersebut juga dapat mengurangkan tekanan inflasi dalaman TH kerana jika ia diteruskan dalam jumlah besar maka mendorong kepada beban kewangan tambahan yang boleh menjejaskan operasi seperti pengembangan portfolio pelaburan.

Jelas Mohamad Khair Afham, dalam teori ekonomi organisasi, keputusan yang menyokong kestabilan kewangan sesebuah institusi adalah kunci kepada kelangsungan operasi.

"Kesimpulannya, pengurangan bantuan bukan sahaja mengukuhkan kewangan TH malah melindungi kepentingan pendeposit dengan memastikan sumber organisasi digunakan secara optimum.

"Ini adalah contoh pengurusan sumber ekonomi yang bijak, sejajar dengan prinsip Islam dan keperluan ekonomi moden,” katanya.