Tiada simpati buat Bashar
Iklan
SELAMA lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan keluarga Assad dan 13 tahun terakhir di bawah Bashar Al Assad yang penuh kezaliman dan penderitaan, akhirnya rakyat Syria menemui terowong untuk merangkak keluar memulakan kembara penyembuhan fizikal dan kerohanian.
Kejatuhan Bashar beberapa minggu lalu adalah rahmat ALLAH kepada 70 peratus penduduk Syria yang bermazhab Sunni.
Mereka ditindas, diseksa, diperangi dan menerima diskriminasi selama berdekad-dekad oleh 12 peratus penganut Alawite - yang sebahagian besar ulama Syiah pun enggan mengiktiraf mereka.