Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah

Iklan
Pusat hiburan yang dikesan beroperasi lebih masa di Johor Bahru diserbu dalam operasi khas yang dijalankan polis. Foto IPK Johor

JOHOR BAHRU - Polis menahan 78 individu termasuk 11 warga asing selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pelbagai jenis dadah dalam operasi khas di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini jam 2.30 pagi pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan.

Iklan
Iklan

"Seramai 211 individu yang berhibur di premis diperiksa. Premis mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan yang sah tetapi didapati beroperasi melebihi masa ditetapkan.

"Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah jenis methamphetamine, tetrahydrocannabinol (THC), ketamin dan benzodiazepines.

Iklan

"Kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 30 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pusat hiburan yang dikesan beroperasi lebih masa di Johor Bahru diserbu dalam operasi khas yang dijalankan polis. Foto IPK Johor

Iklan

Menurut Kumar, hasil pemeriksaan juga menjumpai 2.07 gram dadah jenis ketamin dengan tangkapan empat lelaki tempatan dan empat wanita warga asing dalam dua bilik berasingan di premis tersebut.

"Turut ditahan 35 warga asing untuk disiasat mengikut Akta Imigresen. Selain itu, seorang individu yang merupakan juruwang di pusat hiburan itu juga disiasat mengikut Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 11(2) Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan Seskyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau memberitahu seramai 70 individu telah direman selama dua hari bermula Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Selain itu lapan tangkapan telah direman selama empat hari bermula Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis Johor berharap masyarakat akan terus menyaluarkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah berlaku disekeliling mereka," katanya.