SHAH ALAM - Menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur yang sinonim dengan kos sara hidup tinggi menjadi cabaran besar kepada golongan miskin bandar sehinggakan mereka terpaksa memilih untuk menyewa di kawasan setinggan, rumah teres dan kondominium di luar kemampuan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya berkata, persepsi mengenai menyewa kawasan program perumahan rakyat (PPR) hanya untuk golongan miskin manakala kondominium buat kategori kaya sudah tidak relevan kerana kedua-duanya masih boleh dikelaskan sebagai miskin relatif.
Justeru, menurut beliau, menjadi keutamaan MAIWP untuk membantu lebih 33,000 ketua keluarga di sekitar Kuala Lumpur setiap bulan agar kumpulan sasar mampu meneruskan kehidupan sekali gus berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi bantuan zakat dan 38 insentif lain yang disediakan.
Jelasnya, peruntukan berjumlah RM1.67 bilion untuk tahun 2025 juga diluluskan bagi membolehkan pihak MAIWP menyantuni golongan miskin bandar.
"Sehingga Oktober tahun ini, kami membelanjakan sekitar RM906 juta demi memberikan bantuan terbaik kepada golongan memerlukan di Wilayah Persekutuan. Bukan itu sahaja, Bajet 2025 MAIWP juga lulus sebanyak RM1.67 bilion bertemakan ‘Melestari Ummah, Wilayah Sejahtera’.

Dari kiri: Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Abdul Hakim Mohd Nizam ketika merasmikan Wakaf Sekarang, Pembelian Bangunan Pertis.