CAMERON HIGHLANDS - Presiden MyPPP, Tan Sri M.Kayveas mengumumkan menarik diri bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Cameron Highlands, hari ini.
Sebaliknya beliau menyatakan sokongan terhadap calon PH, M.Manogaran dalam PRK tersebut selain mengakui penyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau percaya dengan kekuatan dan visi yang ingin dibawa Dr Mahathir untuk mengharungi segala kerosakan yang berlaku dalam pemerintahan sebelum ini.
"Saya ingin menyatakan sokongan kuat terhadap calon PH (Manogaran) dan boleh meletakkan keyakinan terhadap kami yang akan membawa segala kekuatan dan sokongan sehabis mungkin terhadap PH.
"PH adalah parti yang diperlukan pengundi Cameron Highlands untuk membuat perubahan,"katanya lagi kepada pemberita dalam sidang media tersebut.
Beliau tiba di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah pada jam 9.35 pagi diiringi barisan penyokongnya.
Artikel Berkaitan