Selebriti lelaki disyaki miliki ganja direman 5 hari

Iklan
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan suspek yang juga pelawak ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

SEPANG - Seorang selebriti lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asiste Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia 41 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pada pagi Ahad untuk permohonan reman.

Iklan
Iklan

"Suspek direman lima hari bermula Ahad hingga Khamis bagi membantu siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan suspek yang juga pelawak ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

Iklan

Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lut sinar yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram.

Iklan

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,