Astrup-Rasmussen ranjau terakhir Sze Fei-Nur Izzuddin di Hangzhou

Iklan
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas mengatasi Fajar- Rian.

GANDINGAN nombor tiga dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen menjadi halangan terakhir buat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menamatkan penantian lapan tahun beregu lelaki negara dalam Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Selepas memerah kudrat 81 minit untuk menjinakkan pasangan nombor empat dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 17-21, 21-16, 27-25, di separuh akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin berstatus ranking ketujuh BWF akan turun ke gelanggang final berdepan dengan Rasmussen-Astrup juga gandingan pilihan utama.

Iklan
Iklan

Rasmussen-Astrup sebelum ini menjinakkan Sze Fei-Nur Izzuddin, gandingan nombor tujuh dunia tersebut dalam set penentuan 21-18, 16-21, 21-14 dalam masa 74 minit ketika memulakan kempen Kumpulan A di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Astrup-Rasmussen pula mara selepas menjinakkan satu lagi pasangan Indonesia nombor 11 dunia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, straight set 23-21, 21-13 dalam masa 44 minit.

Iklan

Dalam pada itu, kemenangan ke atas Fajar Alfian-Muhammad Rian merupakan kemenangan keempat dalam 12 pertemuan kedua-dua pemain sambil Sze Fei menyifatkan perjalanan pada penampilan pertama mereka di edisi Hangzhou sebagai perjalanan yang hebat tahun ini.

Namun tegasnya mereka masih perlu fokus kembali agar lebih konsisten kepada perlawanan seterusnya.

Iklan

"Ia adalah perlawanan yang sangat ketat dan semua penghargaan kepada peminat yang bersorak untuk kami,” kata Sze Fei.

Sementara itu, Izzuddin menyifatkan tampil tanpa sebarang tekanan berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

"Kami bermain dalam perlawanan yang kami got nothing to loose, lebih baik kalah daripada tidak mencuba sesuatu yang berisiko.

"Itu semua lebih kepada aspek mental kami pada akhirnya. Kami perlu berani ketika berada di kedudukan mata penting terakhir," katanya.