Waspada tawaran pakej haji murah - Bukit Aman

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Masyarakat diingatkan berwaspada sebarang tawaran pakej haji dengan harga murah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Ini susulan laporan mengenai pengumuman kos mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin bagi menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bakal jemaah haji disaran untuk membuat sebarang urusan dengan syarikat yang disahkan oleh Tabung Haji dan seumpamanya.

Menurut beliau, sekiranya terdapat syarikat yang menawarkan harga murah daripada yang ditetapkan, berkemungkinan ia tidak melalui proses yang betul dan berakhir dengan penipuan.

Iklan

"Mangsa dalam kes sebegini akan ditipu.

"Dalam pada kita teruja untuk kurangkan kos mengerjakan ibadah haji, perlu diingat ia mesti melalui jalan serta proses yang betul," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Ini kerana jelas Ramli, proses yang tidak betul dalam keterujaan akan menyebabkan bakal jemaah ini berakhir dengan kekecewaan.

Bagaimanapun, kata Ramli, setakat ini tiada laporan diterima pihaknya berhubung sebarang modus operandi baharu penipuan tawar haji.

Sebelum itu, media juga melaporkan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) menjangkakan kos haji untuk jemaah skim muassasah meningkat pada musim depan.

Untuk rekod, bagi tahun 2024, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang.

Ia susulan kos haji bagi seorang haji muassasah pada 2024 ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 pada 2023.