Kongres Khas Keadilan: Dua pertiga perwakilan setuju, lulus semua pindaan

Iklan
Hantaran Fuziah di Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM - Kongres Khas Keadilan 2024 yang melabuhkan tirai hari ini menyaksikan dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pindaan tersebut antara lain adalah berhubung pemilihan parti iaitu meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Kongres Nasional.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, tarikh baharu bagi Kongres Nasional 2024 dan 2025 akan diumumkan setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat terdekat.

"Pindaan perlembagaan ini turut melibatkan prinsip penetapan kuota gender dan etnik.

Iklan

"Kongres khas ini menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan parti yang diusul,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Fuziah memaklumkan, semua ahli cabang mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pimpinan masing-masing.

Iklan

Ia boleh berlaku jika cabang mempunyai ahli ramai dan setiap daripadanya akan mendapat perwakilan yang lebih untuk mengundi di kongres.

Jelas beliau, langkah berkenaan merupakan hasil perbincangan di peringkat MPP mengenai reformasi pemilihan bagi memastikan kredibiliti pemimpin parti.