Modul silibus pemulihan akidah pengikut GISBH telah siap

Iklan
Modul-modul untuk pengikut GISBH yang lain juga telah disiapkan jawatankuasa khas tersebut.

POKOK SENA - Jawatankuasa khas yang diketuai Sarjana Islam yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil telah menyiapkan modul silibus pemulihan akhlak pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, jawatankuasa khas itu ketika ini sedang menyiapkan satu rangka modul khas yang melibatkan pemimpin-pemimpin peringkat atasan organisasi terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, modul-modul untuk pengikut GISBH yang lain juga telah disiapkan jawatankuasa khas tersebut.

"Saya ingat telah siap kajian yang dibuat cuma laporan itu belum dikemukakan. Saya dimaklumkan yang semua modul yang melibatkan dewasa, modul yang melibatkan kanak-kanak yang terlibat dalam GISBH ini telah siap.

Iklan

"Mereka juga tengah menyiapkan rangka modul khas yang melibatkan ketua-ketua pimpinan atas GISBH yang sekarang ditahan, itu pun sedang disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Misi Bantuan Banjir Ihsan Madani di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, di sini pada Ahad.

Iklan

Dr Mohd Na'im memberitahu, pihaknya akan mendapatkan kebenaran Menteri Dalam Negeri supaya Jawatankuasa yang terlibat boleh bertemu dan berbincang mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, jawatankuasa khas terbabit juga akan membentangkan modul melibatkan ketua-ketua GISBH yang telah siap tersebut.

Sebelum ini, beliau menyatakan bahawa sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISHB sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas sudah berada di peringkat akhir.

Dr Mohd Na'im berkata, modul itu meliputi akidah dewasa, akidah kanak-kanak, rohani dan jati diri, Pendidikan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pembangunan remaja, kepimpinan umat insaniah serta modul psikospiritual.