Lelaki ditahan samun farmasi

Iklan
Polis merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai yang belum sempat dihabiskan daripada suspek selepas menyamun sebuah farmasi di Taiping. Gambar kecil: Mohamad Nasir

TAIPING - Seorang lelaki berjaya ditahan polis dalam tempoh empat jam selepas menyamun sebuah farmasi di Taman Mas di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 10.27 malam daripada wanita berusia 28 tahun yang merupakan pembantu farmasi.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian suspek telah mengacu pisau memaksa mangsa yang dalam ketakutan untuk menyerahkan wang berjumlah RM300.

"Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah menjalankan risikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, hasil tindakan pantas berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun bersama barang kes.

"Polis merampas sebilah pisau dan baki wang tunai hasil samun.

Iklan

"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dalam samun," katanya.

Mohamad Nasir berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat depan untuk disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.