UMNO tegas tolak amalan lompat parti - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - UMNO sekali lagi menegaskan pendiriannya menentang budaya lompat parti yang disifatkan sebagai ancaman kepada kestabilan politik negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kestabilan politik dan kerajaan bergantung kepada sikap saling menghormati serta mempercayai antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, YAB (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, UMNO sangat menghormati keberadaan dan kedudukan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan.

"Justeru, UMNO juga wajar menerima penghormatan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Pahang berkata, terdapat pihak tertentu yang cuba mengumpan atau menawarkan jawatan kepada ahli-ahli UMNO untuk keluar dan meninggalkan parti demi menyertai parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, tindakan sedemikian adalah resepi perpecahan yang perlu dielakkan.

Iklan

"UMNO sentiasa konsisten menolak amalan lompat parti yang sebelum ini telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil.

"Sebagai parti yang paling terkesan akibat budaya ini, UMNO amat memahami kesan buruk yang ditimbulkannya," katanya.