69 PATI ditahan dalam perhimpunan haram

Iklan
Antara warga asing yang hadir dalam perhimpunan haram di sebuah dewan banquet hotel bertaraf dua bintang di Bandar Nilai.

NILAI - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dalam satu perhimpunan haram di sebuah dewan banquet hotel bertaraf dua bintang di Bandar Nilai di sini.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, seramai 253 warga asing telah diperiksa dan 69 individu berusia antara 20 hingga 46 tahun terdiri daripada 55 lelaki serta 14 wanita ditahan termasuk empat individu yang dipercayai dalang utama perhimpunan ini.

Iklan
Iklan

"Antara pengisian perhimpunan haram yang dihadiri mereka itu adalah bagi mendengar ceramah dan meraikan sambutan pra- krismas.

"Kebanyakan mereka bekerja di sekitar Bandar Nilai dan ada di antara mereka datang dengan bas sewa khas dari Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Antara warga asing yang hadir dalam perhimpunan haram di sebuah dewan banquet hotel bertaraf dua bintang di Bandar Nilai.

Ujarnya, semasa serbuan dilakukan, kesemua mereka tidak dapat meloloskan diri kerana kesemua pintu telah dikepung oleh pasukan operasi.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Iklan

"Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

"Operasi Ini dilaksanakan berdasarkan aduan dan maklumat orang awam serta tindakan risikan oleh JIMNS selama satu minggu berdasarkan flyers yang diedarkan," katanya.

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu diadakan dibantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ini bermula jam 10 malam Sabtu dan berakhir jam 12.30 tengah malam Ahad.