Penjual teh ais di Indonesia minta 'dihina' Gus Miftah untuk dapat bantuan

Iklan
Sunhaji (dua dari kanan) dilaporkan sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarganya selepas menerima tawaran daripada Gus Miftah.

MEDAN - Gelagat penjual teh ais di Indonesia terus mendapat perhatian ramai selepas golongan itu berharap untuk mendapatkan durian runtuh seperti Sunhaji.

Terbaharu, sebuah rakaman video yang menjadi tular di media sosial memaparkan ragam wanita yang juga penjual teh ais di Medan yang meminta dihina pendakwah kontroversi, Gus Miftah.

Iklan
Iklan

Klip yang dikongsi lambemedannew menerusi Instagram menunjukkan wanita itu menagih kata-kata hinaan tersebut kerana mahu mengerjakan umrah.

Dia turut merayu-rayu supaya Gus Miftah memperlakukannya seperti Sunhaji sambil disaksikan anaknya yang masih kecil.

Iklan

Menerusi laporan pada minggu lalu, sekumpulan penjual teh ais menyerbu majlis agama kerana berharap menerima nasib seperti Sunhaji.

Trend itu bagaimanapun telah mencetuskan kebimbangan berikutan golongan tersebut dikatakan cuba merebut peluang melalui jalan yang salah.

Iklan

Sunhaji (dua dari kanan) dilaporkan sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarganya selepas menerima tawaran daripada Gus Miftah.

Sementara itu, Sunhaji dilaporkan sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarganya selepas menerima tawaran daripada Gus Miftah.

Pendakwah berkenaan yang telah memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya sempat memeluk Sunhaji sebelum dia berangkat ke Tanah Suci.

Momen Sunhaji mengerjakan umrah bersama isteri, dua anak dan ibu mentuanya turut menjadi tular di media sosial. - Agensi