Kalau lelaki dah angkat tangan, wanita angkatlah kaki selamat diri

Iklan
Mana-mana wanita yang kini menjadi mangsa keganasan rumah tangga dinasihatkan untuk membuat laporan. Gambar hiasan.

MINGGU lalu merupakan minggu yang penuh emosi terutama kepada golongan wanita.

Apa tidaknya, kisah supermodel Zahnita Wilson menarik perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 20 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Satu Malaysia terkejut kerana tak sangka di sebalik wajahnya yang jelita dan gayanya yang glamor dengan gelaran supermodel, ingatkan sentiasa bahagia rupa-rupanya ada beban derita yang ditanggung.

Semuanya bermula apabila Zahnita memuat naik gambar menunjukkan matanya yang lebam.

Iklan

Sejak itu, peminat mula berteka-teki sehinggalah tuan punya badan sendiri membuat pengakuan bahawa dia telah dibelasah oleh suaminya sehingga matanya yang cantik itu menjadi kebiru-biruan.

Biasanya kalau dah lebam begitu, kemungkinan besar kena tumbuk la kan. Lelaki kalau tumbuk memang berbisa la. Boleh dibayangkan sakitnya itu.

Iklan

Patutla kadang kala Zahnita dilihat memakai cermin mata hitam. Bukan nak bergaya sebaliknya cuba menyembunyikan kisah duka alam berumah tangga.

Bagi Merak Jalanan, menanggung derita selama 20 tahun adalah jangka masa yang terlalu lama untuk dilalui seorang diri.

Dari satu segi, Zahnita adalah wanita yang cukup kuat, tabah kerana bersabar demi anak dan juga mungkin untuk pertahankan rumah tangganya.

Dari satu segi lain pula, Merak Jalanan amat berharap agar mana-mana wanita yang kini menjadi mangsa keganasan rumah tangga, jangan menunggu berpuluh tahun baru nak buat laporan dan jangan lembut hati dengan janji-janji manis lelaki.

Percayalah, sekali lelaki dah angkat tangan, itu tandanya untuk anda wanita pula bersedia untuk ‘angkat kaki’, tinggalkan lelaki itu.

Banyak tempat-tempat untuk golongan wanita mengadu nasib disediakan.

Paling penting jangan simpan sendiri sahaja kerana akhirnya nanti, diri sendiri yang merana. Bangkitlah wanita.