SHAH ALAM - Umat Islam perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan mempunyai kewangan mencukupi sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji.
Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, persediaan tersebut selaras dengan konsep istito’ah atau kemampuan yang ditekankan kepada jemaah haji supaya dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu.