Belum masanya laksana skim insurans kesihatan nasional
Iklan
SHAH ALAM - Belum sampai masanya untuk melaksanakan skim insurans nasional ketika ini, sebaliknya kerajaan perlu lebih tumpuan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh negara terlebih dahulu.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berpandangan, setiap golongan berhak mendapat akses kesihatan memuaskan termasuk rakyat di luar bandar atau mereka yang kurang berkemampuan.