Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia

Iklan
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.

Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.