MANCHESTER United menambah kesengsaraan bagi juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City apabila gol Bruno Fernandes dan Amad Diallo memastikan kemenangan 2-1 di Stadium Etihad.
Skuad kendalian Ruben Amorim sebelum itu sedang menuju kekalahan liga ketiga berturut-turut apabila ketinggalan hasil tandukan Josko Gvardiol minit ke-36.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun Derbi Manchester yang disifatkan kurang berkualiti pada awalnya kembali menceriakan apabila kesilapan Matheus Nunes membawa kepada penalti yang membolehkan Fernandes menyamakan kedudukan minit ke-88.
Manchester City kendalian Pep Guardiola yang tersentak selepas itu kemudian dikejutkan jaringan Diallo minit ke-90 untuk tiga mata The Red Devils.
Anak buah Guardiola kini hanya menang sekali dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan dan kekal di tangga kelima manakala United naik ke tangga ke-12 liga.
Manchester United selepas ini akan berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur berdepan Tottenham Hotspur bagi aksi suku akhir Piala Liga pada Jumaat.
Manchester City pula akan ke Stadium Villa Park berdepan Aston Villa bagi aksi liga pada Sabtu.