Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Iklan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC). Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Pada jam 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan bermula esok.

"Pada masa ini, penurunan sebanyak 25 mata asas telah diambil kira tetapi apa yang lebih penting ialah prospek kadar faedah pada 2025, terutamanya dengan pentadbiran baharu yang dijangka menggunakan tarif import untuk merancakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Iklan

Mohd Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi apabila ia mencecah 107 mata.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Iklan

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6166/6241 daripada 5.6203/6266 pada Jumaat lepas manakala merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8995/9036 daripada 2.8987/9022.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.6747/6810 daripada 4.6632/6684 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3044 daripada 3.2971/3011 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0334/0621 daripada 13.0261/0472.

Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 277.7/278.2 sejak Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.60/7.62 semasa ditutup pada Jumaat lepas. - Bernama