Kedai snuker sorok kegiatan judi

Iklan
Polis telah menahan 29 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai berperanan sebagai ejen, penjaga premis serta pemain.

KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian dalam talian dan ekor yang berselindung di pusat snuker dan premis tingkat atas sekitar ibu negara dibongkar dalam serbuan pada Sabtu.

Serbuan Op Mega Dadu bermula jam 2 petang itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sebanyak 21 serbuan berjaya dilaksanakan.

Antara premis dipercayai beroperasi menawarkan aktiviti perjudian haram yang diserbu polis di sekitar Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Katanya, polis telah menahan 29 individu berusia lingkungan 29 hingga 67 tahun termasuk tiga wanita yang dipercayai berperanan sebagai ejen, penjaga premis serta pemain.

Iklan

"Semakan mendapati tujuh merupakan warga asing.

"Kita telah merampas pelbagai barang antaranya 31 unit telefon bimbit, 20 unit tab, sembilan modem serta wang tunai RM2,378," katanya pada Isnin.

Iklan
Antara barang kes yang dirampas polis, pada Sabtu.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan ini ialah menyasarkan pelanggan tetap serta warga asing untuk masuk ke dalam premis.

Tambah Rusdi, premis merupakan kedai snuker dan kedai yang disewa di tingkat atas bagi mengaburi serta menyukarkan pihak berkuasa menghidu kegiatan perjudian.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.