JPV rampas 798.6 kg karkas lembu

Iklan
Antara karkas lembu yang dirampas JPV dalam pemeriksaan dijalankan di sebuah masjid dekat Kuala Terengganu pada Isnin.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 798.6 kilogram (kg) karkas lembu bernilai RM19,965 disyaki bukan disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan.

JPV dalam satu kenyataan berkata, rampasan tersebut dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa berdekatan sebuah masjid di sini, kira-kira jam 8.30 pagi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu dilakukan hasil risikan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan berkenaan beberapa hari lalu.

JPV turut merampas beberapa bilah alat memotong daging, peralatan mengisi daging dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM81,095

"Kita berjaya mengesan dan menahan sebuah lori yang membawa karkas haiwan dipercayai lembu ketika pemeriksaan dijalankan pagi tadi (Isnin).

Iklan

"Pihak JPV turut merampas beberapa bilah alat memotong daging, peralatan-peralatan mengisi daging dan sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut karkas tersebut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM81,095," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, kes itu disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Binatang Kawalan Penyembelihan 2009.

Iklan

"Siasatan dijalankan kerana disyaki memiliki karkas disembelih di luar rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan oleh jabatan sepertimana kaedah 5(3) Kaedah2 Binatang (kawalan penyembelihan) 2009," jelasnya.

Dalam pada itu, kenyataan itu memberitahu, rampasan tersebut merupakan rampasan terbesar tahun ini yang melibatkan karkas lembu.

"Tahun lepas kita hanya merampas sebanyak 185 kg karkas lembu dan jumlah rampasan kali ini berbeza serta lebih tinggi berbanding sebelumnya.

"Justeru masyarakat di luar sana terutama pemain industri diseru agar sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada bagi memastikan jangkitan penyakit haiwan kepada manusia dapat dikawal sebaik mungkin," katanya.