PH Selangor saran Menteri Besar fokus kepada rakyat, pembangunan negeri

Iklan
Amiruddin

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) Selangor menyarankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari untuk terus fokus dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan negeri.

Dalam satu kenyataan bersama PH Selangor berkata, ini kerana Selangor akan menjadi contoh negeri yang memberikan banyak manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri mampan seperti mana terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1).

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut menyebut, di bawah pentadbiran Menteri Besar dan barisan Exco sentiasa cakna dan peduli dengan suara rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti Program Iltizam Selangor Penyayang yang menjadikan pentadbiran negeri sangat dekat dengan rakyat.

"RS1 adalah bukti kesungguhan pentadbiran yang diketuai Amiruddin untuk membawa negeri Selangor ke satu tahap lebih baik, namun sangat bergantung kepada kestabilan politik untuk dijayakan.

Iklan

"Titah Sultan Selangor kepada Amirudin ketika menerima watikah lantikan sebagai Menteri Besar di mana Tuanku Sultan Selangor mahukan kerajaan ini kekal sehingga habis penggal menjelaskan betapa pentingnya kestabilan politik di negeri Selangor ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Azmi; Penolong Ketua Penerangan, Halimey Abu Bakar dan Wong Siew Ki pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan desas-desus Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR dan bakal menerajui Selangor menggantikan Amirudin.

Sementara itu, PH Selangor menyifatkan khabar angin itu boleh mengundang keresahan dalam kalangan rakyat Selangor.

Kenyataan itu menambah, kemajuan Selangor adalah hasil dari kestabilan politik di negeri ini dan kepercayaan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada PH dan Kerajaan Perpaduan ketika pilihan raya negeri yang lalu.

"Justeru, apa juga tindakan perlu melihat kepentingan negeri dan rakyat di dalam negeri Selangor ini, tidak hanya dilihat di atas kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sahaja," ujarnya lagi.