Warga emas nyaris lemas di Sungai Kelantan diselamatkan orang awam

Iklan
Seorang warga emas dipercayai hampir lemas di Sungai Kelantan, Kota Bharu berjaya diselamatkan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian pada Isnin. - Foto: Ihsan Pembaca

KOTA BHARU - Seorang warga emas dipercayai hampir lemas di Sungai Kelantan di sini berjaya diselamatkan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.57 petang.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal dan juga maklumat orang ramai, wanita terbabit dianggarkan berusia sekitar 75 hingga 80 tahun serta berkemungkinan nyanyuk berdasarkan kepada kelakuannya.

"Semasa kejadian warga emas itu dipercayai telah melangkah pagar yang terdapat pada laluan pejalan kaki di tepi Sungai Kelantan, sebelum ditemukan terkapai-kapai di dalam sungai," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Iklan

Menurutnya, orang awam yang berada di kawasan tersebut telah membantu membawa wanita itu naik ke atas tebing dan dia berjaya diselamatkan.

Ujarnya, warga emas itu berada dalam keadaan tidak bermaya serta hanya mendiamkan diri.

Iklan

Ramli memberitahu, semasa beliau serta anggota tiba di lokasi didapati suami wanita terbabit juga berada di lokasi kejadian.

"Kes ini kami telah serahkan kepada pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," katanya.