Statistik tangkapan tinggi bukti SPRM agresif tangani rasuah

Iklan
Statistik yang tinggi melibatkan tangkapan terhadap pemberi dan penerima rasuah mencerminkan SPRM bertindak agresif dalam membanteras jenayah tersebut. - Gambar Hiasan, gambar kecil: Nor Halmey

SHAH ALAM - Statistik yang tinggi melibatkan tangkapan terhadap pemberi dan penerima rasuah mencerminkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak agresif dalam membanteras jenayah tersebut.

Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, negara yang merekodkan sifar kes rasuah tidak menggambarkan ia benar-benar bersih daripada jenayah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kebelakangan ini kita lihat banyak kes rasuah dilaporkan dan mungkin menimbulkan rasa panik serta kurang senang beberapa pihak lain tetapi bagi saya sebenarnya kes rasuah ini menjadi begini disebabkan tindakan agresif SPRM tangani jenayah ini.

"Sebab kalau kita tengok negara-negara lain yang tiada kes tidak semestinya mereka bersih dari rasuah, cuma mungkin tindakan penguatkuasaan mereka tidak seperti Malaysia.

Iklan

"SPRM sentiasa lakukan operasi tak kira tangkapan melibatkan ikan bilis atau jerung menyebabkan data tangkapan kita tinggi. Mungkin dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang, negara kita sudah mampu menarik nafas lega,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini dilaporkan, kes terima dan beri rasuah, tuntutan palsu, salah guna kuasa dan kedudukan serta pengubahan wang haram menjadi kes utama yang direkodkan SPRM.

Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, statistik dalam tempoh empat tahun bermula 2020 mencatatkan tangkapan seramai 3,895 orang dengan kes menerima dan memberi paling banyak direkodkan iaitu 2,230 orang membabitkan 1,778 penerima serta 452 pemberi.

Mengulas lanjut, Nor Halmey berkata, angka tangkapan tinggi melibatkan individu dalam kegiatan jenayah tersebut bukan sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan.

"Saya tidak bimbang tentang angka yang meningkat, saya cuma bimbang apabila tidak berlaku tangkapan kerana ini menunjukkan kerajaan melalui agensi ini telah sedaya upaya melakukan satu langkah untuk menyelamatkan negara.

"Apabila negara semakin berkembang, banyak dunia terbuka dengan teknologi terkini menyebabkan peluang untuk terlibat dengan rasuah sangat tinggi.

"Mungkin orang kata semakin banyak tangkap, ini bermaksud negara kita teruk. Saya mempunyai pendapat yang berbeza kerana ia menunjukkan agensi ini benar-benar mengalaskan amanah dan tanggungjawab mereka,” ujarnya.