Proton e.MAS 7 kereta rasmi ASEAN 2025

Iklan
Anwar (lima dari kiri) melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, dipilih sebagai kereta rasmi bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia berharap dapat menunjukkan contoh di rantau ini dalam mempromosikan pembangunan EV, dengan menekankan bahawa ia adalah lanjutan yang boleh dilihat secara langsung daripada komitmen pelepasan karbon sifar bersih negara.

Iklan
Iklan

"Dalam masa terdekat, saya juga gembira melihat kereta ini akan dibina di Tanjung Malim, menaikkan taraf vendor Malaysia melalui pemindahan teknologi dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan EV,” katanya pada majlis pelancaran e.MAS 7, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. - Bernama

Iklan

Iklan